OpenStreetMap

Cuti

Posted by AkuAnakTimur on 11 April 2014 in Malay (Bahasa Melayu)

Bulan ke-11 dalam usaha giat memperelok data OpenStreetMap.

Baru kelmarin, Mapbox dengan baik hatinya, membawakan imej satelit Digital Globe dalam OSM. Takdelah imej terkini sangat tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya kawasan Malaysia yang tidak diliputi imej satelit Bing (ya, macam Alor Setar) kini dapat dipetakan dengan lebih terperinci.

Yeeeeeeeeyyyy!

Tapi macam mana pun, kena guna GPS dulu, mana tahu, ada tempat yang lari sikit kan.

Sebagai pemeta tak profesional yang hanya berharap dengan jejak GPS, sekurang-kurangnya lepas ni kurang sikit bebanan (hehehe) dan dengan gerek (basikal) buruk tu dapatlah pergi tempat lain sama kan.

Insya Allah, cuti sekejap. Rasanya bulan Jun aktif balik insya Allah.

Harapnya lepas bulan Jun nanti boleh hantar surat cinta kepada JUPEM.

Comment from kucai on 11 April 2014 at 04:48

Hebat hang... rasanya bila hang join balik bulak jun, aku dah habis trace area aloq setaq nun.. hehe.

Bila kita dapat gps coordinate yang rasmi dalam bentuk x-y punya line(dari jupem ataupun daripada geng2 surveyor), kita boleh align map cantik2, lepas tu cari jalan nak lock supaya tak ada le newbies yang datang dan realign map balik. Kalau idak, sampai ke mati le keje aku dok realign trace yang sedia ada..

Comment from AkuAnakTimur on 11 April 2014 at 07:51

Haha. Tafaddhol buat dulu. Saya busy skek :P boleh usya jauh-jauh jela.

Hat tu kiranya kalau terjumpa surveyor, nak tanya depa macam mana?

Comment from kucai on 11 April 2014 at 09:08

Mintak aje gps points untuk satu dua jalan (selalunya diorang ukur kat curb/bahu jalan), lepas tu kita susun points tu jadi gpx. Kalau dapat kiri-kanan jalan, kita boleh calculate line tengah dalam excel, pakai gpsbabel export jadi gpx. Dapat kiri atau kanan pun kira oklah juga, tu accuracy pun dah cantik sangat dah, lagipun bukannya kita boleh zoom satellite image sampai nampak tepi jalan pun untuk alignment dalam OSM.

Tapi pengalaman aku, tukang teropong jalan ni tak selalunya deal dengan plan preparation (autocad). Selalunya kat opis dia ada orang lain yang buat. Tapi kalau ada yang sudi, tukang teropong boleh bagi koordinit RSO Kertau (?) untuk job diorang hari tu (cuma kalau ada error masa diorang setup, error jugaklah yang kita dapat). Dapat 4 point MRSO x-y dalam 50 meter spread kot, lepas tu kita convert WGS84, buat line dalam JOSM (dalam JOSM boleh specify koordinit untuk letak node), dan align.

Comment from AkuAnakTimur on 26 April 2014 at 00:30

Ok... boleh try kot.

"... RSO Kertau (?) untuk job diorang hari tu (cuma kalau ada error masa diorang setup, error jugaklah yang kita dapat). Dapat 4 point MRSO x-y dalam 50 meter spread kot, lepas tu kita convert WGS84 ... "

Huu... apa dia ni. Hahaha...

Login to leave a comment